Program penjadualan air di seluruh Selangor akan dilaksanakan
bermula esok bagi memastikan bekalan air berterusan di negeri itu yang
dibahagikan kepada dua zon.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata penjadualan air
itu melibatkan tempoh selama dua hari sesuatu zon menerima bekalan air
dan dua hari satu zon tiada bekalan air secara bergilir.
Katanya, penjadualan itu lebih menumpukan kepada kawasan yang
menerima kesan daripada penutupan empangan akibat pencemaran yang
berlaku baru-baru ini.
“Mulai
esok, setiap pemegang meter air akan terima air secara berjadual, iaitu
dua hari rumah itu akan dapat, lepas tu dua hari kemudian tidak dapat
bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir.
“Penjadualan air ini akan berterusan supaya air di empangan negeri
ini tidak banyak digunakan dan bekalan air boleh disimpan untuk dua
bunan akan datang,” kata Abdul Khalid ketika ditemui pemberita selepas
menghadiri Perhimpunan Bulanan Kreajaan Negeri, di sini.
Abdul Khalid berkata, penjadualan itu dijangka berakhir Mac depan
selepas taburan hujan konsisten dan kapasiti air di empangan negeri itu
bertambah.
“Cara itu lebih baik dari tiada air. Dengan cara ini, ia dapat mengatasi masalah tekanan rendah.
“Kita akan keluarkan jadual itu mengikut zon. Kita akan memberikan
tumpuan kepada kawasan yang terdapat kesan daripada penutupan empangan
akibat pencemaran baru-baru ini,” katanya.
Sebelum ini, gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di beberapa
kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat yang melibatkan kira-kira
27,000 rumah terputus bekalan air kerana LojiRawatan Air (LRA) Cheras
Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup semenjak 28 Januari lalu
disebabkan pencemaran kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat.
Dalam masa yang sama, beberapa kawasan di sekitar Hulu Langat, Kuala
Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang melibatkan kira-kira 75,000
rumah juga terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak kebelangan ini
disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran cuaca panas
kering dan kekurangan hujan--SelangorKini
http://bm.selangorku.com/45287/mb-penjadualan-air-seluruh-selangor-pastikan-bekalan-berterusan/
No comments:
Post a Comment