Tuesday, November 8, 2011

TheStar:Resolve state water issue and abandoned housing projects, urges Noh

TANJONG KARANG: Agriculture and Agro-based Industries Minister Datuk Seri Noh Omar has lambasted the Selangor government for not taking the initiative to settle the state’s water issue.

He said negotiations were at a standstill because the Selangor government refused to cooperate with the Federal Government.

“The water issue is still unsettled because the state government does not want to work with the Federal Government although allocations have been provided for the building of a new water plant,” Noh told reporters at a Korban Perdana event here.

Selangor’s water restructuring exercise continues to be uncertain and political factors between the state and Federal governments have been cited as the main reason.

Noh also said that the problems surrounding abandoned housing projects in the state must be addressed collaboratively by both governments.

Friday, November 4, 2011

Bernama:Audit On SYABAS Accounts, Operations Starts This Week, Says Selangor Menteri Besar

SHAH ALAM, Nov 2 (Bernama) -- Two accounting firms appointed by the Selangor government will carry out auditing of the accounts and operations of Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) within this week.

Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said once completed, the audit findings would be announced to explain allegation that the state government-owned water treatment plants managed by Syabas were not producing sufficient treated water supply.

"This (allegation) is a technical issue. We will make an explanation after the audit and I will personally announce the audit findings," he told reporters after chairing the state executive council weekly meeting here Wednesday.

Prior to this, Abdul Khalid was reported as saying that the state government had appointed Messrs Atkins and Halcrow to carry out auditing of the accounts and operations of SYABAS to avert water shortage in the state without being dependent on Langat 2 Water Treatment Plant (Langat 2) project.-- BERNAMA

Wednesday, November 2, 2011

HarakahDaily:Penjenamaan semula IWK merugikan

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berpendapat penjenamaan semula Indah Water Konsortium (IWK) adalah suatu yang merugikan serta akan menelan belanja yang besar tanpa membawa apa-apa kesan kepada operasi lain.

"Jelas penjenamaan tersebut tidak membawa kesan kepada operasi dan aliran tunainya kerana model perniagaannya tidak berubah, malah IWK telah pun bertukar tangan dan dijenamakan semula sebanyak lima kali sehinggalah diambil oleh kerajaan pada tahun 2000.

"Usaha untuk menjenamakan semula IWK adalah berbahaya kerana keseluruhan model dan operasi IWK telah dibuktikan tidak berdaya saing sehingga mengakibatkan rakyat terpaksa menanggung kos RM1.2 bilion sejak tahun 2000 melalui pelbagai bantuan kewangan," jelasnya yang juga Setiausaha Agung PKR pada satu sidang media di lobi parlimen petang tadi.

Saturday, October 29, 2011

BeritaHarian:Jangan cuba politikkan isu air

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta melaksanakan empat pendekatan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat supaya mereka lebih menghargai sumber air negara.
Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Dr Ir Zaini Ujang, berkata ini termasuk mengkaji semula kadar tarif air, tidak mempolitikkan isu air, berfikiran holistik dan mengubah bentuk pengurusan air ketika ini.

Bagi soal bayaran misalnya, mana-mana isi rumah atau industri perlu dikenakan tarif lebih tinggi jika mereka menggunakan air melebihi kadar tertentu.

Friday, October 28, 2011

Selangorkini:Syabas Gagal Selenggara Air Dengan Baik

SHAH ALAM 27 OKTOBER : Kerajaan Negeri Selangor melahirkan kebimbangan dengan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang tidak terkawal dan gagal dikurangkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) walaupun mendakwa telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkannya.
Menurut Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong kegagalan SYABAS menurunkan peratusan NRW ke tahap yang memuaskan membuktikan syarikat konsesi air ini gagal menjalankan penyelenggaraan paip-paip air dengan baik.

Elizabeth yang juga Adun Bukit Lanjan menjelaskan semua perkara di atas semuanya termaktub dan dikehendaki seperti dalam perjanjian penswastaan air antara kerajaan negeri dengan syarikat konsesi.

“Jika SYABAS tidak mampu mengurangkan NRW pada tahap yang memuaskan, ia akan memberi kesan langsung kepada bekalan air bersih untuk pengguna,” katanya.

Tuesday, October 25, 2011

SinarHarian:Sambung sistem pembetungan

PORT DICKSON – Pemilik harta komersial yang terdiri daripada pemilik hotel, persatuan pemaju dan hartanah serta kumpulan hospitaliti dekat sini, disarankan agar melakukan penyambungan sistem pembetungan sedia ada mereka ke mana-mana sistem pembetungan awam atau berpusat.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, di daerah ini sekurang-kurangnya lebih 66 pemilik harta komersial yang perlu berbuat demikian dan dari masa ke semasa penggunaannya akan diperluaskan di kawasan lain.

Menurutnya, penyambungan ini perlu dilakukan ke sistem pembetungan pusat yang terletak dalam jarak 30 meter dari hartanah mereka.

“Sehingga kini, selepas hampir setahun pembetungan berpusat di Bandar Sunggala beroperasi kegunaannya hanya dimanfaatkan oleh lima hingga 10 peratus sahaja oleh pemilik harta komersial.

SelangorKini:Pemberian Air Percuma Cara Selangor Pulang Untung KDEB Kepada Rakyat

SHAH ALAM, 25 Oktober : Isu KDEB menanggung kerugian berikutan pemberian air percuma seperti yang berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara, tidak perlu timbul langsung kerana dana untuk program pemberian air percuma ini disalurkan terus oleh Kerajaan Negeri kepada KDEB untuk pembayaran.

“Oleh kerana itu, pemberian air ini menerusi KDEB akan diteruskan kerana ia telah memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta rakyat negeri setiap tahun sejak dilancarkan pada Jun 2008,” Kata kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar.

Menurut Pejabat Menteri Besar itu berkata kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat mahu memastikan keuntungan anak syarikat disalurkan dengan betul dan tepat kepada golongan sasaran supaya tidak berlaku ketirisan dalam agihan kekayaan negeri.

Selepas Kerajaan Negeri Selangor diambil alih Pakatan Rakyat, Kerajaan negeri mengamalkan dasar “Hasil Negeri Untuk Rakyat” menerusi program “Merakyatkan Ekonomi Selangor“(MES) yang bermaksud semua aset atau harta yang dimiliki kerajaan negeri adalah milik rakyat Selangor.