KUALA LUMPUR 2 Dis – Pakatan Rakyat (Pakatan)  menyeru rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, keluar  menyertai perarakan bersama-sama Menteri Besar Selangor bagi menyerahkan  memorandum bantahan kenaikan tarif air kepada Yang Di-pertuan Agong, di  Istana Negara, Ahad ini.
100 ribu rakyat Selangor telah  menandatangani memorandum membantah kenaikan tarif 37 peratus yang akan  diserahkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Sultan Mizan Zainal Abidin  selepas perarakan yang bermula dari Masjid Negara, jam 12 tengah hari.
“Ini adalah perhimpunan menyatakan  pendirian warga selangor dan Wilayah Persekutuan terhadap satu aset awam  yang perkosa sesetengah pihak untuk keuntungan. Apa yang kerajaan PR  Selangor cuba lakukan ialah  kembalikan semula hak ini sebagai satu aset  awam kemudahan untuk rakyat jelata,” kata Ahli Parlimen Batu, Tian  Chua.
Beliau berkata, Syabas termasuk Kerajaan  Persekutuan, menggunakan pelbagai kaedah untuk menghalang Kerajaan  Pakatan Selangor bagi mendapatkan hak air selama dua tahun.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika sidang media turut  menyuarakan jalan terakhir kerajaan negeri menggunakan suara rakyat  mengembalikan hak kerajaan negeri itu.“Kerajaan negeri Selangor cuba buat apa  yang sepatutnya dilakukan. Telah cuba berunding dengan Syabas, sudah  membuat tawaran RM5.7 bilion, sudah cuba berunding dengan Kerajaan  Pusat.
“Tapi atas sebab-sebab kepentingan  politik maka semua usaha Kerajaan Negeri Selangor, digagalkan. Maka  akhirnya kita tidak ada pilihan, melainkan zahirkan sokongan rakyat  terhadap usaha untuk membatalkan penswastaaan dan mengembalikan aset  negeri Selangor kepada kerajaan negeri,” kata beliau.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Klang,  Charles Santiago menyentuh mengenai tabung Budi di bawah Syabas berkata,  ia amat mengelirukan rakyat.
“Apa yang Syabas buat, mereka pergi ke  rumah-rumah, kalau mereka mahu derma air itu sebanyak RM11.40 yang  dikatakan akan diberikan kepada rumah yang tidak dapat air percuma.
“Tapi persoalannya wang itu dibayar oleh  Kerajaan Selangor. tetapi sekarang Syabas kata ini dalam rangka  Tanggung Sosial Korporat mereka. Tapi tindakan mereka ini mengelirukan  rakyat,” kata beliau pada sidang media yang sama.
Menurut Charles lagi, Syabas kelihatan  lebih tertekan apabila tetap berdegil tidak akan memberhentikan kegiatan  mereka walaupun menyedari perbuatan tersebut salah kerana menggunakan  wang kerajaan negeri.
Dalam pada itu, program anjuran Kerajaan  Negeri Selangor itu dijangka akan bertembung dengan sebuah kumpulan  pro-Umno Selangor yang menggelar diri mereka sebagai Gagasan Anti  Penyelewengan Selangor (GapS) akan menyerahkan memorandom kepada Yang  Di-pertuan Agong, ‘bukti penyelewengan 30 perkara’ di negeri itu.
Antaranya termasuk isu pembelian hutang  syarikat Talam Corporation, penutupan Institut Kemahiran Yayasan  Selangor (IKYS) dan ‘kegagalan’ mengutip hasil pasir seperti yang  dijanjikan. - SelangorKini
 



 
No comments:
Post a Comment