Thursday, December 2, 2010

Syabas salah guna air rakyat

SHAH ALAM, 1 Dis – Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) diminta menghentikan amalan menyalahgunakan peruntukan 20 meter padu air percuma yang disediakan khusus untuk rakyat Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meminta monopoli pembekalan air negeri itu supaya tidak bertindak di luar batasan… mengkhianati hak yang sememangnya milik rakyat Selangor.
Beliau berkata, demikian mengulas kedegilan Syabas meneruskan skim Tabung Budi, yang diuar-uarkan untuk membantu golongan sasaran yang dipilih Syabas.

Syabas mengajak orang ramai supaya menyerahkan kepada konsesi itu peruntukan untuk 20 meter padu percuma yang diberikan kerajaan negeri kepada mereka.

Syabas kemudian akan menggunakan wang percuma itu untuk membayar hutang tunggakan yang ditanggung konsesi itu, dan menyambung semula bekalan air yang dipotong Syabas.

Tan Sri Khalid berkata, peruntukan untuk skim 20 meter padu air itu bukan milik Syabas untuk digunakan bagi tujuan selain daripada pembekalan air percuma kepada rakyat Selangor.

“Tugas Syabas adalah membekalkan air bersih pada harga berpatutan kepada rakyat, bukan untuk berkebajikan.

“Jadi tidak perlukan Syabas memusingkan wang yang bukan milik mereka, dan memberi bantuan, seolah-olah mahu menolong rakyat,” katanya. - SelangorKini

No comments:

Post a Comment