Thursday, August 4, 2011

FreeMalaysiaToday:Beri tekanan kepada k’jaan pusat

Kerajaan Selangor berpendapat bahawa kenyataan yang mengatakan akan berlaku krisis air adalah tidak tepat dan mengelirukan.
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor tetap berpendirian bahawa isu air boleh diselesaikan jika semua pihak memberi tekanan kepada kerajaan pusat untuk menyelesaikan proses penstrukturan semula industri perkhidmatan air.

Exco Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata jika isu tersebut tidak diselesaikan terlebih dahulu, pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat tidak dapat dilaksanakan.

“Kerajaan Selangor berpendapat bahawa kenyataan yang mengatakan akan berlaku krisis air adalah tidak tepat dan mengelirukan.


“Selangor percaya kenyataan ini terlalu bergantung kepada Kajian Sumber Air Nasional (NWRS) yang dilakukan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 2000.

” Perlu diingat bahawa anggaran NWRS per kapita keperluan air tidak didasarkan pada ‘Design Guidelines for Water Supply Systems’ yang dihasilkan Persatuan Air Malaysia seperti kita fahami,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco di Bangunan SUK hari ini.

Sebaliknya, mereka menggunakan “Pendekatan Keperluan Air” yang didasarkan pada unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar yang berubah mengikut pasaran ekonomi global yang tidak stabil sejak krisis ekonomi dunia yang turut menjejaskan ekonomi Malaysia.

Dua bulan lalu, Kerajaan Negeri telah bertemu dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Wong berkata, formula untuk menyelesaikan penstrukturan semula industri air adalah jelas dan kita berharap Menteri tidak melengahkan masa atau menunda isu ini.

Menurut beliau, walaupun terdapat beberapa pihak yang mengatakan bekalan air tidak mencukupi namun hakikatnya unjuran permintaan menunjukkan terdapat lebihan bekalan air untuk memenuhi keperluan pelanggan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri bersetuju untuk memberi bonus hari raya sebanyak RM500 seorang kepada semua kakitangan Gred 54 ke bawah.

Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri akan menyediakan geran membiayai usaha rakyat untuk membuat bantahan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran kepincangan daftar pengundi.

“Kerajaan Negeri pandang serius aduan-aduan mengenai kepincangan daftar undi dan daftar undi baru. Aduan dan tuduhan rakyat negara jiran permaustautin tetap dan senarai sebagai pengundi merungsingkan. Rakyat berhad tuntut daftar bersih untuk buka jalan satu pilihan raya bersih dan adil,” katanya.

No comments:

Post a Comment