Thursday, January 3, 2013

MalaysianInsider:Syabas cuai dan tidak bertanggungjawab — YB Dr Xavier Jayakumar

Kerajaan Negeri Selangor menyelar kecuaian Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas ) dalam menyelenggarakan rumah pam Wangsamaju sehingga menyebabkan gangguan air sekitar Ampang, Pandan, Jalan semarak , Ukay Heights, Cheras Baru dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Dari siasatan pihak kerajaan, kesemua 5 unit pam air rosak di rumah pam termasuk 2 unit 'standby pump' turut rosak.

Keraguan bagaimana 2 unit 'standby pump' yang jarang-jarang diguna turut tidak berfungsi?

Ini jelas menunjukkan kecuaian pihak Syabas dalam menyelenggara secara berkala peralatan di bawah kendaliannya.

Kecuaian Syabas ini mrnyebabkan kepayahan kehidupan harian lebih 60 ribu penduduk kawasan terlibat.

Sekiranya Syabas tidak mampu menyelenggarakan rumah pam tersebut, kerajaan negeri tiada masalah melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk mengendalikan rumah pam tersebut.

Kerajaan menganggap kelalaian Syabas merupakan 'pure negligence and criminal in nature'.

Ini merupakan tindakan sabotaj Syabas bagi memburukkan imej Kerajaan Selangor

Syabas tidak harus terus memeras ugut rakyat dengan 'mereka cipta' berbagai taktik bagi mengujudkan isu kekurangan air di negeri Selangor

Ini adalah antara sebab mengapa kerajaan Selangor mahu menyegerakan proses pengambilan industri air dari syarikat konsesi air kerana Kerajaan sedar bahawa syarikat konsesi air seperti Syabas tidak mampu membekalkan air kepada rakyat.

Syabas berpaksi semata-mata atas keuntungan dengan menaikkan tariff air dari masa ke semasa tanpa mengambil perduli kepentingan rakyat teramai.

*YB Dr Xavier Jayakumar ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor. Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment