Nada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali berubah lunak apabila bercakap isu mememorandum persefahaman (MoU) berkaitan air Selangor.
Beliau juga dilihat menyokong kesepakatan pemimpin Pakatan Rakyat yang sebulat suara menyatakan persetujuan kepada MoU yang ditandatangani Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat.
Azmin berucap demikian depan lebih 200 hadirin pada majlis pelancaran
Bilik Gerakan Pakatan Rakyat di Daerah Sungai Kantan di sini, malam
tadi.
Beliau mengulangi kenyataan sama kepada sekumpulan media selepas sesi
ucapan apabila diminta mengulas mesyuarat pimpinan Pakatan berhubung
isu itu, malam sebelumnya.
“Kita mahukan industri air diselaraskan selepas selama ini diurus
secara tidak selaras dan berasingan,” kata Pengerusi PKR Selangor itu.
Azmin antara yang menyertai perbincangan bersama Abdul Khalid dengan pimpinan utama Pakatan Rakyat.
Selain mereka ialah, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri
Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua
Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Sebelum ini, Azmin antara pimpinan PKR yang galak mempertikai
tindakan Abdul Khalid menandatangani MoU yang bertujuan memulangkan hak
air kepada rakyat.
Beliau membuat desakan supaya kandungan MoU didedah, malah tergamak
membuat kenyataan supaya Abdul Khalid ‘tidak terselindung di sebalik
Akta Rahsia Rasmi (OSA)’.
Sebaliknya, Azmin pada ucapan itu menyifatkan MoU berkenaan sebagai
kejayaan dan menjadi kebanggaan rakyat Selangor, malah menganggap
pengendaliansituasi Projek Langat 2 juga berkesan.
“Lepas enam tahun berunding, akhirnya Kerajaan Selangor berjaya
yakinkan Kerajaan Pusat untuk terima tawaran RM9.65 bilion kepada
pemegang syarikat konsesi dan harganya juga dijamin tidak akan lebih
dari itu.
“Kita juga bersetuju meneruskan projek Langat 2 dengan syarat yang
sangat ketat supaya kadar tarif tidak dinaikkan,” katanya.
sewenang-wenangnya oleh kerajaan pusat,” katanya.
No comments:
Post a Comment