Monday, January 25, 2010

Krisis air tahun ini

AMPANG - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meramalkan akan berlaku krisis air pada tahun ini berikutan beberapa tanda awal kemarau yang semakin jelas di seluruh negara sejak akhir-akhir ini.

Ketua Penguatkuasaan Hal Ehwal Pengguna SPAN, Ashwar Abd. Aziz berkata, pihaknya telah menerima beberapa aduan dari beberapa negeri yang sudah mula mengalami masalah kekurangan bekalan air yang kritikal.

"Hasil lawatan saya di utara dan timur Semenanjung baru-baru ini, menunjukkan paras air di loji-loji air di sana sudah semakin susut.

"Contohnya di Universiti Utara Malaysia (UUM), tahapnya jelas membimbangkan kerana keseluruhan kawasan di situ sudah mengalami masalah terputus bekalan air sejak beberapa hari lalu," dedahnya selepas menghadiri majlis dialog tentang isu air kotor bersama penduduk Taman Dagang di sini semalam.

-- KOSMO

No comments:

Post a Comment