Friday, February 28, 2014

Kebas air RM656,000

Ketika rakyat Selangor mengalami krisis air hingga arahan catuan keperluan asas itu dikeluarkan Isnin lalu, sebuah gudang di Jalan Pelabuhan Klang, di sini pula sanggup ‘merompak’ keperluan asas berkenaan apabila mereka melakukan penyambungan haram dari paip utama milik Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Lebih mengejutkan kejadian yang baru dibongkarkan semalam itu bukan baru berlaku sehari dua malah sudah berlanjutan sejak enam tahun lalu mengakibatkan syarikat utiliti berkenaan mengalami kerugian sebanyak RM656,000.

Perbuatan kilang menyimpan baja itu dikesan hasil risikan Unit Penguatkuasaan SYABAS sebelum satu serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa syarikat berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari semalam.


Menurutnya, pihaknya menerima maklumat mengenai penggunaan air meragukan di kawasan itu sebelum membuat risikan selama seminggu.

“Hasil siasatan itu, kami dapati pemilik gudang tidak membuat sebarang pendaftaran untuk penggunaan air dan kami juga mendapati gudang berkenaan tidak mempunyai meter air sejak mula beroperasi pada 2006 hingga sekarang.

“Selain itu, pemeriksaan yang dibuat menjumpai saluran paip sepanjang 400 meter disambungkan secara haram dari paip utama bagi membekalkan air ke tangki utama gudang berkenaan,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, hasil pengesahan ujian klorin juga mendapati sampel bekalan air yang diambil di gudang itu positif klorin, sekali gus membuktikan air yang dicuri adalah dari sumber air terawat SYABAS.

Berikutan itu katanya, SYABAS membuat pemotongan segera terhadap sumber bekalan air tidak sah itu serta mengeluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan dan Tindakan Penguatkuasaan kepada pihak pengurusan gudang itu bagi menuntut ganti rugi.

Sementara itu, wakil SPAN yang ditemui memberitahu pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.--Harian Metro

No comments:

Post a Comment