Thursday, February 27, 2014

Paras Air Empangan di Selangor Bertahan 70 hingga 172 hari

Paras air mentah di tiga empangan utama di Selangor hanya mampu bertahan untuk tempoh 70 hingga 172 hari lagi berikutan cuaca panas dan kering yang melanda negara sejak awal bulan ini.

Empangan Klang Gates hanya mampu bertahan selama 70 hari sementara Empangan Sunga Langat selama 84 hari dan Empangan Tasik Subang selama 172 hari.
       
 
Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya akan menghentikan pelepasan air mentah dari Empangan Klang Gates ke Loji Penapisan Air (LPA) Wangsa Maju mulai esok.

Katanya, arahan untuk menghentikan pelepasan air ke loji rawatan air berkenaan dikeluarkan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berikutan jumlah takungan air di Empangan Klang Gates berada pada paras 89.9 meter.

Paras kritikal empangan berkenaan adalah 84 meter.

Sementara itu, Maximus Ongkili berkata, bekalan air mentah di semua empangan utama di seluruh negara masih mencukupi.
Bagaimanapun, katanya, bagi kawasan yang mengalami krisis air seperti di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor, kerajaan akan sentiasa memantau dan melaksanakan program mitigasi kepada penduduk yang terjejas.

No comments:

Post a Comment