Penstrukturan semula industri air di Selangor memang ditunggu-tunggu
oleh rakyat negeri itu, khususnya penduduk pangsapuri, kata Exco
Kerajaan Negeri, Iskandar Samad.
Beliau
berkata, penstrukturan air ini akan menyelesaikan banyak masalah
melibatkan bekalan air di pangsapuri-pangsapuri sekitar Selangor.
"Apabila
industri tersebut diuruskan sendiri oleh Kerajaan Negeri maka kerajaan
boleh membuat keputusan-keputusan yang secara langsung dapat
menyelesaikan banyak masalah rakyat.
"Contohnya dalam usaha untuk
memastikan penduduk pangsapuri mendapat air percuma dengan melakukan
migrasi dari meter pukal kepada meter individu, Kerajaan Negeri terpaksa
berunding dengan Syabas agar syarat-syarat migrasi ini dapat
permudahkan," kata beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar.
Iskandar juga
berkata, sebelum penstrukturan ini, syarat-syarat seperti peratus
persetujuan (consent) penduduk yang tinggi menghalang kelulusan banyak
permohonan-permohonan migrasi.
Kerajaan Negeri terpaksa menunggu
kelulusan pengurusan Syabas sekiranya terdapat permohonan di mana
peratus persetujuan ini diturunkan serta terdapat juga syarat-syarat
lain yang sering menghalang atau melambatkan proses migrasi.
"Proses
ini akan dapat dipermudah dan dipercepatkan setelah industri air ini
diurus sendiri oleh syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri,"
katanya lagi.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari
ini menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Pusat
bagi membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air di
negeri itu dengan suntikan dana RM2 bilion bagi pengambil alihan
saham-saham syarikat konsesi.
MOU berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor itu ditandatangani di Kompleks Perdana Putra,Putrajaya.
Memorandum
tersebut ditandatangani Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk
Seri Dr Maximus Ongkili yang mewakili Kerajaan Persekutuan
Antara
isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang
dipimpin Pakatan Rakyat akan membenarkan Putrajaya meneruskan pembinaan
projek Loji Rawatan Air Langat 2.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/26003-penstrukturan-air-berita-baik-buat-warga-pangsapuri-s-gor
No comments:
Post a Comment