Monday, February 24, 2014

Salahkan Kemarau, Syabas Tak Proaktif - Rafizi

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) didakwa tidak proaktif dalam membantu rakyat negeri Selangor apabila berlaku krisis air selain banyak menyalahkan faktor semulajadi termasuk kemarau.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, Syabas seolah-olah membuat serangan politik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan menganggu bekalan air yang berterusan.

Tambahnya yang tidak boleh menerima alasan Syabas  bahawa paras ammnonia yang tinggi dalam loji pembersihan air boleh dikurangkan apabila berlakunya hujan.

"Apabila berlaku keadaan seperti ini, Syabas hanya mengharapkan hujan turun. Kenapa perlu tunggu hujan turun?

"Sepatutnya loji pembersihan  Syabas ini ada proses menangani masalah air sebab mereka sudah monopoli air di Lembah Kelang. Loji-loji yang ada tidak standard dan tidak boleh memenuhi keperluan penduduk," katanya dalam sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan akan membangkitkan perkara ini di sidang Parlimen akan datang selain akan mengadakan pertemuan dengan pagawai Syabas Rabu ini.

Beliau juga menggesa agar Syabas mengambil tindakan secepat mungkin dengan menggunakan proses kimia dan tidak perlu lagi memberi alasan kandungan ammonia yang tinggi.

Walaupun Syabas turut membuat catuan air, bagi Rafizi ianya tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan penduduk yang berada di Lembah Kelang.

"Saya difahamkan Syabas menyediakan 9 buah lori air untuk seluruh kawasan yang terlibat. 9 buah lori empat kali sehari, hanya 36 lori air untuk bagi air pada jutaan penduduk. Sudah tentu tidak cukup," tegas beliau.

Dalam pada itu, Exco Kerajaan Selangor Elizabeth Wong mendesak Puncak Niaga yang mengelola loji air tersebut perlu segera menangani masalah ini.

"Memang berlaku hampir setiap tahun loji pembersihan air diberhentikan dan kali ini lebih lama iaitu sudah lapan hari, tak perlu tunggu hujan turun untuk cairkan ammnonia," katanya.

Justeru, katanya Kerajaan Selangor mendesak Puncak Niaga untuk memulakan operasi mereka serta merta bagi mengelakkan krisis air berterusan.

Masalah air semakin meruncing di Lembah Kelang termasuk di Balakong, Cheras, Pandan malah ada kawsan yang langsung tiada bekalan air termasuk di Banting dan sepang.

Ini berikutan dua loji pembersihan air iaitu Loji Bukit Tampoi dan Loji Batu 11 Cheras telah ditutup ekoran mempunyai kandungan ammnonia yang tinggi.-- HarakahDaily

http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/25761-salahkan-kemarau-syabas-tak-proaktif-rafizi

No comments:

Post a Comment