Syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
"berterima kasih" kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
kerana mengakui keadaan sebenar paras air di Selangor, sambil menambah
bahawa Khalid tidak sepatutnya mengelirukan orang ramai mengenai isu
bekalan air di negeri itu.
"Syabas berterima kasih kepada Menteri Besar kerana akhirnya mengaku
dan memberitahu tentang kebenaran mengenai kekurangan air yang berlaku
di Selangor, walaupun beliau menafikan perkara ini banyak kali sebelum
ini, dengan mengatakan bahawa bekalan air yang tidak cekap untuk
pengguna," kata Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir V.
Subramaniam.
Subramaniam, yang mengeluarkan kenyataan media pada Selasa menambah
bahawa Syabas turut berterima kasih kepada Khalid kerana "akhirnya
menghargai" peranan yang dimainkan oleh Syabas dan kakitangannya dalam
situasi kritikal seperti meminta untuk mengadakan pelan catuan air yang
dilakukan oleh Syabas dengan segera.
Beliau seterusnya berkata bahawa Khalid enggan untuk melaksanakan
projek-projek yang akan mengurangkan masalah air di negeri ini, walaupun
diberitahu mengenai krisis dan kekurangan air yang bakal berlaku sejak
2008.
"Khalid enggan melaksanakan banyak projek, pembangunan dan projek
pembangunan dan penambahbaikan kapasiti bekalan air yang dicadangkan
oleh Syabas. Bagaimanapun, Menteri Besar telah mengarahkan Suruhanjaya
Pengurusan Air Negara (SPAN) untuk menafikan perbelanjaan modal oleh
Syabas sejak 2008," kata Subramaniam.
Subramaniam berkata, perbelanjaan modal yang dinafikan itu telah
digunakan dalam projek-projek yang dirancang oleh Syabas untuk
memperbaiki dan menaik taraf sistem pengagihan air dan mengurangkan
kadar kekurangan air sebagai air tidak terhasil.
Beliau menambah bahawa Khalid dengan kapasitinya mengetuai kerajaan
Selangor gagal mematuhi Perjanjian Konsesi, dengan mengatakan bahawa
Menteri Besar itu mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk mengawal dan
membekalkan air mentah kepada konsesi yang mengendalikan loji rawatan
air.
Bercakap mengenai catuan air, Subramaniam berkata, persediaan
dilakukan berikutan penutupan dua loji rawatan air iaitu Cheras Batu 11
dan Bukit Tampoi loji yang telah dibentangkan pada Majlis Tindakan
Ekonomi Selangor pada 18 Februari lalu.
Dua loji itu ditutup sejak 28 Januari akibat pencemaran ammonia di Sungai Langat.
"Berikutan kejadian itu, kerajaan negeri bersedia mengemukakan pelan
untuk pengagihan air yang dijadualkan oleh SPAN pada 21 Februari ini,"
kata Subramaniam.
Beliau menambah, dakwaan Khalid bahawa Syabas tidak menyediakan pelan
pengagihan air berjadual adalah tidak benar kerana sebarang rancangan
telah disediakan dan diluluskan oleh SPAN pada 24 Februari.
"Rancangan terperinci untuk beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang," kata Subramaniam.--MStar
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2014/2/26/mstar_berita/20140225203908&sec=mstar_berita
No comments:
Post a Comment