Saturday, March 1, 2014

Kerajaan Selangor bantu Syabas tambah lori air

Kerajaan Selangor akan membantu Syabas melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain agensi kerajaan dalam menambahkan lori-lori tangki atau lori kargo serta pemandu bagi tujuan penghantaran air.
Bukan itu sahaja, Kerajaan Selangor juga akan membantu untuk menguruskan penggunaan khidmat Rela dalam membantu Syabas menghantar air melalui lori tangki.
Menurut wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor Nor Azmie Diron pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama Syabas semalam dan bersetuju dengan langkah catuan air peringkat kedua yang akan berjalan selama sebulan.




“Majlis Tindakan Ekonomi Selangor telah mengadakan perbincangan dengan Syabas semalam dan kerajaan negeri telah bersetuju dengan plan jadual catuan air ini,”katanya dalam sidang media di oejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), semalam.


Sebelum itu,Enam daerah itu akan melaksanakan Pelan Penjadualan Air peringkat kedua oleh Syabas bermula 2 Mac hingga 31 Mac depan.


Seramai 2.2 juta rakyat lagi di Lembah Kelang bakal berdepan dengan penjadualan air bermula 2 Mac depan susulan penyusutan paras air di empangan.


Situasi berkenaan memberi kesan kepada 260 kawasan di enam daerah iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor and Hulu Selangor.--SelangorKini

No comments:

Post a Comment