Rancangan pemberian saham air kepada rakyat yang diumumkan dalam
Manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada Mei 2013 akan diteruskan selepas
penstrukturan semula industri air selesai sepenuhnya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata hasrat itu
diyakini akan dapat dipenuhi kerajaan negeri, namun tiada sebarang
jangka masa ditetapkan untuk pelaksanakannya.
“Sudah
dapat baru kita umumkan kerana Kerajaan Negeri sudah berjanji pada Mei
tahun lalu iaitu selepas selesai penstrukturan air, kamu akan kenalkan
saham air kepada rakyat.
“Tetapi tiada tempoh masa ditetapkan kerana kerajaan negeri perlu
pastikan penstrukturan air ini selesai terlebih dahulu,” katanya dalam
sidang media selepas merasmikan Temasya Seni Silat, Senjata dan Warisan
Melayu Selangor di Dataran Kemerdekaan, di sini.
Dalam pada itu, Abdul Khalid turut memaklumkan perjanjian untuk
menyusun semula industri air di Selangor adalah terikat dan tidak boleh
dibatalkan kerana kedua-dua kerajaan pusat dan negeri komited untuk
melaksanakannya.
Katanya
perjanjian itu dengan jelas menyatakan kerjasama antara kerajaan pusat
dan negeri dengan Selangor mesti melaksanakan apa yang dijanjikan dalam
memorandum persefahaman (MoU) untuk meluluskan projek loji rawatan air
Langat 2.
Pada masa yang sama, katanya kerajaan persekutuan memberi Kerajaan
Selangor kuasa untuk mengambil alih pengurusan merawat dan membekalkan
air kepada lebih tujuh juta penduduk di Lembah Klang dan Putrajaya.
“Kerajaan Negeri mewakili rakyat Selangor dan keputusan ini dilakukan untuk ‘value for money’.
“Kita ingn memastikan loji rawatan air itu dibina dengan sebaiknya
kerana kita memerlukan itu tetapi ia perlu dilakukan dengan pemahaman
bahawa kita mendapat harga, teknologi dan cara terbaik,” katanya lagi.--Selangorkini
No comments:
Post a Comment